Selasa, Oktober 11

Generasi cemerlang dunia akhirat


Dunia hari ni dalam keadaan amat tenat,dunia akan berakhir seperti yang di sebut2 oleh Rasulullah bakal membenarkan mukjizat Rasul bahawa yang awal pada makhluk pasti akan berakhir jua. Saban hari berita bunuh, rompak,rogol terpampang di dada akhbar.

Rogol budak umur 3 tahun oleh bapak sendiri,liwat anak berumur 23 hari dan jenayah, jenayah, jenayah. Kemana hilangnya kemanusiaan dalam diri manusia. Kemanusiaan yang telah dicabut oleh Allah kesan dari tiada keberkatan apabila seseorang jauh dari rahmat Allah . Berapa ramai manusia yang mengaku islam tetapi solat di abaikan ,aurat di dedahkan walaupun kelihatan seperti bertudung dengan baju fit seperti baju kanak-kanak di pakai oleh orang dewasa.

Lelaki yang mata penyamun tersenyum dapat melahap tubuh dengan pandangan mata yang jahat. Perempuan yang jahil akan merasa cemburu kerana orang lain diperhatikan. Muslimah solehah akan bersedih dengan golongan mengabaikan perintah Allah. Lelaki yang beriman akan menundukkan pandangan mata . YANG GEMBIRA syaitan yang direjam. Dunia akan berakhir, maka kita hendaklah memilih jalan yang benar untuk mendapat rahmat dan kasih sayangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan